Wednesday, February 3, 2021

ENTERPRENEURSHIP JOURNEY - 6

 Assalamualaikum, hai guyss


Sedar tak sedar dah masuk dua bulan join program Technotube ni, dari zero dah bertambah dah sikit ilmunperniagaan ni walaupun banyak lagi kena polish.. Kali ni iollss share lah mcam mana nak promot barangan kita melalui Shopee dan jugak promot melalui Youtube Channel

Berbalik kepada topik utama kita pada entry kali ni ialahhh macam mana nak create account seller untuk Shopee. Rasanya kebanyakan peniaga memang sekarang ni menjual barangan guna akaun Shopee, makan pon dijual dalam Shopee.. Bukan tu je, macam-macam lah boleh dijual dalam shopee ni. Dari seorang yang pandai menyopping dalam shopee smpailah iolss dah pandai nak nak bukak akaun seller dalam shopee ni..

Dalam kelas yang kedua ni, Encik Syahmi (eh tersama nama pulak) memang banyak berkongsi macam mana nak create content dalam youtube. Even orang yang malu-malu kucing pon bila join kelas Youtube dengan En Syahmi memang terus naik viewers. Tapi tulah kan, iolss ni memangg pemalu, jadi create content kucing je lah mampu... Jadi dalam kelas Yuoutube ni, En Syahmi ni adalah share berkenaan macam man nak atrract viewers , macam man anak bagi content kita menarik. Sebenarnya tak susah pon, tetapi tu semua bergantung pada diri sendiri samada nak buat atau tidak.

MEsti ada yang tertanya-tanya kan, eh bukan kelas shopee dengan utube ni berbayar ke? Jawapan iolss, yes memang berbayar, tapi bukan kami yang bayar.. heheh. Maksudnya, kami join kelas ni memang FREE je. ulah bestnya join program TechnoTube ni, sebab semua kelas yang pihak MTDC sediakan, memang free je. Kita perlu bagi komitmen sahaja. Alahamdulillah iolss masih bertahan lah sampai ke harini, Sebab dengar khabar ramai je yang withdraw, mungkin tak dapat bagi komitmen kot.. Takpelah tu cerita diorang..

Untuk uguys yang berminat nak join program ni, nanti risik-risik lah ye kot tahun depan MTDC ada bukak lagi program macam ni.. Rugi tau tak grab peluang macam ni..

Ok guys, setakat ni sahaja untuk entry kali ni, nanti iolss sambung pulak mengenai kelas-kelas yang disediakan oleh MTDC..

Bye guyss...


Saturday, January 30, 2021

ENTERPRENEURSHIP JOURNEY -5

 Assalamualaikum guyssss,,

Harini lega sikit sebab takde bengkel, sebenarnya penat jugak attend kelas hari2, tapi demi ilmu sanggup iolss redah.

Dalam entry kali ni iolss nak cerita pasal ecommerce, pernah tak dengar pasal e-eommerce?? 

Kalau korang nak tahu sebenarnya ecommerce tu tempat yang kita selalu shopping online macam shopee, lazada, ebay pgmall dan seangkatan dengannya. Sekarang ni kalau di musim pandemik kebanyakan rakyat Malaysia memang kan membeli secara online. Ye lah, tak boleh nak keluar kan, jadi beli online lah, order-order terus sampai rumah. Best kan.?? Mestilah best, yang tak best bila duit terbang sana-sini tapi takde kerja. 

Why not kita tukar habit kita dari membeli kepada menjual... Haa kan dapat manfaat tu, duit tu pon dapat jugak.. Cuma tak bestnya ecommerce ni nanti kita kena bayar tax lah lebih kurang macam tu.

Berkenaan ecommerce ni sebenarnya banyak je benefitnya, jadi dalam ni Cik Rose Nazihah, macam nama bunga dah, banyak terangkan dan bagitahu mengenai kelebihan ecommerce ni berbanding menjual secara offline. Jadi bagi yang nak mencuba menjual di ecommerce sangatlah dialukan terutama dalam musim pandemik ni. Confirm laju je jalan.. Sekian entry pada kali ni, mata pon barai dah, pukul 2 pagi menulis mana taknya.. heee.. 

Ok guys nanti iolls sambung pulak perkongsian pasal program Technotube ni dalam next entry..

Byeeee, see u laterr..

Wednesday, January 27, 2021

ENTERPRENEURSHIP JOURNEY -4

 Assalamualaikum guysss...

Bertemu lagi kita dalam entry kali ni mengenai kewangan syarikat. Kelas pada hari seterusnya adalah berkenaan dengan pengurusan kewangan dalam perniagaan. Dalam bengkel kali ini pihak MTDC bawak diorang punya orang hebat untuk bagi talk kepada kami, iaiti Encik Hasri Saidin. Menurut Tengku Nila,Encik Hasri ni memang expert sangatlah bab kewangan ni semua. Jadi dalam entry kali iollss nak share beberapa tips yang diberi oleh En Hasri<

Pertama sekali, bila bercerita bab kewangan terutama untuk starter yang baru nak berniaga, mesti rancang awal2 dan teliti bab kewangan ni, kalau tak rancang secara teliti memang akan bankrap lah perniagaan kita.  Jadi dalam kelas kali ni, kebanyakan Encik Hasri tekan kan mengenai cash flow, kalau boleh setiap transaksi tu simpan resit supaya senang nanti nak masuk kkan dalam kira-kira.

DAlam kelas kali ni jugak iolss banyak belajar macam mana nak uruskan kewangan dengan baik, siapa yang nak kena buat akaun, sape nak rekod sales, memang semua tu penting lah seba ilmu kewangan ni tak semua pndai, jadi kena cedok lah ilmu mana2. Tapi yang bertuahnya, sebab dalam program ni semua FREEE!! tak perlu bayar sesen pun, yang penting kena bagi komitmen yang sepenuhnya..

Kali ni xdapat nak ulas panjang2 lah sebab bab2 kewangan ni iollss memang lemah sikit. Tapi kalau bab kira duit laju jee... heeee.. Okay nanti kita sambung untuk next entry pulak.

Byeee guyss..


ENTERPRENEURSHIP JOURNEY -3

Assalamualaikum guysss..

Sorry guyss, bebetul lupa nak update pasal program semalam, barai kot. Pagi petang ada kelas, biasalah iolss bukan jenis suka mengadap laptop lama2, ada masa nak terlentok jugak ni.

Okay, berbalik pada cerita semalam. semalan[m ada dua sesi, sesi pagi dan sesi petang, untuk sesi pagi ada live sharing dengan speaker dari New York. iaitu Ruth P. Stevens. Madam Ruth ni kira macam market analyzer lah kot sebab dalam sharing Madam Ruth ni beliau banyak share mengenai market trend di musim pandemik di luar negara,  macam mana Covid19 ni mengubah cara membeli rakyat dekat sana. Jadi bila keadaan macam i berlaku, peniaga usahawan pon terpaksa mengubah strategi untuk memastikan rakyat diorg ni sentiasa membeli produk diorg.

Dalam perkongsian MAdam Ruth ni banyak menekankan bahawa untuk memulakan sesuatu perniagaan, kita mesti kenali dulu trend market sekarang, tak boleh nak sesuka hati bukak bisnes, rugilah kalau bukak bisnes tapi takde ilmu pernigaan, nanti cepat lingkup. Tapi iollss memang bersetuju dengan pernyataan Madam Ruth sebab di Malaysia memang ramai usahawan yang mula berniaga tanpa ilmu, last last lingkup.

Next untuk sesi petang pulak, perkongsian dari Puan Shahana. Puan Shana ni adalah antara orang yang banyak experience dalam marketing. Di MTDC-TENTRA kira aset berharga lah. Usahawan yang pernah dibimbing oleh Puan Shahana ni kebanyakan sale mereka meningkat, dari 0 ke tahap tertentu. Dalam perkongsian ni, Puan Shahana banyak berkongsi teknik teknik marketing macam mana nak boost up sales, dan yang paling penting maam mana nak mulakan marketing terutama kepada usahawan yang baru nak bermula.

Okaylah guys, setakat tu je kot entry kali ni, iolss mengantuk sangat2 dah, jadi apa yang penting semalan dapat kutiplah ilmu marketing daridua speaker yang hebat2.

Byee guysss, see u in next entry.

Monday, January 25, 2021

ENTERPRENEURSHIP JOURNEY - 2

 Assalamualaikum uolsss..

Maaf lah entry kalini lambat sikit sebab sibuk banyak hal, nak sambung belajar lagi nak itu ini. 

Okay guys, sambung cerita dari entry sebelum ni, mesti ada yang tertanya-tanya kan, apa program Technotube ni? sape yang anjurkan? Sape je yang boleh join? dan macam2 lagi lah yang bermain di kepala tu? Okay, meh ciknyss cerita serba sedikit lah berkenaan program ni. Program Technotube  adalah anjuran TENTRA-MTDC iaitu Malaysian Technology Development Corporation-Technopreneur Academy.

 Program Technotube ni sebenarnya adalah salah satu inisiatif kerajaan nak bantu belia di Malaysia menjadi usahawan tekno. Kalau tak silap tak banyak program macam ni kat Malaysia. Jadi kira advance lah sebab kalau program lain biasa akan bantu jugak belia tpi bukan sebagai usahawan tekno lah, usahawan biasa yang macam kita selalu dengar tu.

Jadi nak dijadikan cerita , first day ni memang pepai lagi iolss bangun sebab takut termiss kelas pertama. Okay sebelum tu nak puji lah sikit program ni, dalam program ni kami dah diarahkan awal2 untuk install apps Sync supaya mudah untuk kami alert dengan kelas yang akan dijalankan ikut tearikh tertentu, jadual pon memang disediakan..

Berbalik pada hari pertama, kami diperkenalkan dengan PIC untuk program ni lah, iaiu Encik Muizz, beliau lah yang banyak handle peserta-peserta program ni. Selepas tu kami dibrief oleh Puan Tengku Nila Putra lah mengenai program ni dengan lebih terperinci dan kami diminta memeprkenalkan diri masing2, tak silap around 40 lebih lah yang join program ni masa tu. Kebanyakan mereka ni ramai yang dah ada bisness sendiri dan iolss rasa kecik lah sbb xde pengalaman kan..

Okay untuk firs day ni kami banyak didedahkan pasal program, apa kelebihan program ni dan apa kelebihan yang kami dapat kalau join program ni..

Untuk next entry iolss akan cerita hari kedua, dengar kata speaker dari New York, wuu,, memang bangga lah, bukan selalu boleh dengar live dari New York ni..

Okay guyss, byee, jumapa di next entry.

Monday, December 28, 2020

ENTERPRENEURSHIP JOURNEY - 1

  Assalamualaikum semuaaa!!!


Rasanya dah lama dah tak menulis dalam Blog ni, rasanya dah lama kot , sejak Covid19 nak masuk tahun baru ni, eloklah iollss sharing2 dengan viewer kat luar sana macam mana nak survive semasa pandemik ni..

Buat pengetahuan semua lah, dah banyak program usahawan yang iolls apply, tapi dalam banyak2 ni, satu je yang lekat, tu pun sebenarnya tak expect pon akan dapat seba apply pon suka suka je,. Nak cari pengelaman lah kata kan.

Iolls ni bukanlah dari kalangan orang yang ada pengalaman berniaga tapi basic tu ade lah, setakat nak kira duit sikit2 tu bolehlahhh.. ehekk (mata duitan kan).. Okay, dalam entry kali ni iollss nak share tetantang satu kementerian ni, masa apply ni, iolls tengok je kat page Universiti, kat situ memang banyak lah iklan2 kerja dan program-program untuk belia.. Haa, ni iolss share iklan program yang latest iolss apply..


 

Kalau ikutkan, iolss tak tahu pon yang akan terpilih untuk program ni, tapi rezeki lah kot dapat email, jadi alang2 tengah takde gheja kann. So, accept jelah, mana tahu in future nanti dapat jadi usahawan terkenal Malaysia.. acewahh, berangan je lebih.. 

Jadi lepas accept offer ni tertunggu jugak ape next step kena buat , tungu punya tunggu lah rupanya kena attend kelas selama dua bulan.. tapi takpelah demi ilmuuuu usahawan, kita follow je.. Okay, setakat ni jelah dulu untuk entry kali ni.

Next entry nanti iolss cerita flow macam mana program ni berjalan. Byeee

Sunday, December 1, 2019

Cara jadi hati kebal

Cara nak jadi hati kebal?

Korang rasa  korang ni kebal ke tak? Kalau korang rasa korang hati tisu, elok sangat lah baca posting aku ni. 

Dulu, aku bukan seorang yang hati kebal jugak. aku jenis cengeng, cepat nangis dan cepat merajuk jugak, Aku selalu kena marah dengan umi aku sebab terlampau sensitif. bagi aku normal je perasaan tu bagi perempuan kan. hikhik. Okay je kalau kau jenis hati tisu, tapi kau kena pandai kontrol lah bukan memanjang je nak cengeng..hahaha

Okay berbalik pada tajuk utama kita, cara nak jadi hati kebal eh?

Senang je, dalam hidup ni kau mesti hadap macam2 jenis orang, yang toxic klorok semua ada. Bila berhadapan dengan orang macam ni benda yang kau kena buat ialah, kau pekakkan telinga, bisukan mulut and butakan mata.. Haaa,, baru kau tak sakit hati. Bila kau jenis yang buat tak tahu benda-benda camtu , konfem hati kau mmng akan kebal. Tapi ada je yang berulang benda sma pun tapi still lagi hati tisu. 

Paling penting, kau buat je hal sendiri. Tak payah nak hidup berpuak-puak ape semua tu. Nonsense je.. Kalau hidup nak bahagia, berkawanlah dengan semua orang tanpa mengira bangsa dan agam dan etnik dan sebagainya selagi diorang tidak mengajak kepada keburukan.

Lagi satu, kau jangan ambil tahu hal orang, amalkan sikap boleh jalan atau kalau bahasa kasarnya 'pergi mampus' dengan orang yang toxic ni. So, kau takkan rasa sakit hati sikit pon. Lantak dioranglah nak cakap apa pun, janji jangan sentuh aku, sudah, kalau tak memang makan penumbuk aku lah.. hahahaha.. 

Okay, entry kali ni cuma nak pesanlah . jangan mudah ambik hati. keep positif. kalau orang hentam kau, kau ignore je.. makin kau layan, makin kau sakit hati. yang paling penting, banyakkan berdoa. jangan tinggal solat untuk dapatkan ketenangan hati selain tu dokan untuk aku jugak, next year dah nak kahwin.. hihihi.. Semoga aku berbahagia di samping suami terchinta...ehekkkk 

- CikAnyss -

ENTERPRENEURSHIP JOURNEY - 6

 Assalamualaikum, hai guyss Sedar tak sedar dah masuk dua bulan join program Technotube ni, dari zero dah bertambah dah sikit ilmunperniagaa...