Saturday, January 30, 2021

ENTERPRENEURSHIP JOURNEY -5

 Assalamualaikum guyssss,,

Harini lega sikit sebab takde bengkel, sebenarnya penat jugak attend kelas hari2, tapi demi ilmu sanggup iolss redah.

Dalam entry kali ni iolss nak cerita pasal ecommerce, pernah tak dengar pasal e-eommerce?? 

Kalau korang nak tahu sebenarnya ecommerce tu tempat yang kita selalu shopping online macam shopee, lazada, ebay pgmall dan seangkatan dengannya. Sekarang ni kalau di musim pandemik kebanyakan rakyat Malaysia memang kan membeli secara online. Ye lah, tak boleh nak keluar kan, jadi beli online lah, order-order terus sampai rumah. Best kan.?? Mestilah best, yang tak best bila duit terbang sana-sini tapi takde kerja. 

Why not kita tukar habit kita dari membeli kepada menjual... Haa kan dapat manfaat tu, duit tu pon dapat jugak.. Cuma tak bestnya ecommerce ni nanti kita kena bayar tax lah lebih kurang macam tu.

Berkenaan ecommerce ni sebenarnya banyak je benefitnya, jadi dalam ni Cik Rose Nazihah, macam nama bunga dah, banyak terangkan dan bagitahu mengenai kelebihan ecommerce ni berbanding menjual secara offline. Jadi bagi yang nak mencuba menjual di ecommerce sangatlah dialukan terutama dalam musim pandemik ni. Confirm laju je jalan.. Sekian entry pada kali ni, mata pon barai dah, pukul 2 pagi menulis mana taknya.. heee.. 

Ok guys nanti iolls sambung pulak perkongsian pasal program Technotube ni dalam next entry..

Byeeee, see u laterr..

Wednesday, January 27, 2021

ENTERPRENEURSHIP JOURNEY -4

 Assalamualaikum guysss...

Bertemu lagi kita dalam entry kali ni mengenai kewangan syarikat. Kelas pada hari seterusnya adalah berkenaan dengan pengurusan kewangan dalam perniagaan. Dalam bengkel kali ini pihak MTDC bawak diorang punya orang hebat untuk bagi talk kepada kami, iaiti Encik Hasri Saidin. Menurut Tengku Nila,Encik Hasri ni memang expert sangatlah bab kewangan ni semua. Jadi dalam entry kali iollss nak share beberapa tips yang diberi oleh En Hasri<

Pertama sekali, bila bercerita bab kewangan terutama untuk starter yang baru nak berniaga, mesti rancang awal2 dan teliti bab kewangan ni, kalau tak rancang secara teliti memang akan bankrap lah perniagaan kita.  Jadi dalam kelas kali ni, kebanyakan Encik Hasri tekan kan mengenai cash flow, kalau boleh setiap transaksi tu simpan resit supaya senang nanti nak masuk kkan dalam kira-kira.

DAlam kelas kali ni jugak iolss banyak belajar macam mana nak uruskan kewangan dengan baik, siapa yang nak kena buat akaun, sape nak rekod sales, memang semua tu penting lah seba ilmu kewangan ni tak semua pndai, jadi kena cedok lah ilmu mana2. Tapi yang bertuahnya, sebab dalam program ni semua FREEE!! tak perlu bayar sesen pun, yang penting kena bagi komitmen yang sepenuhnya..

Kali ni xdapat nak ulas panjang2 lah sebab bab2 kewangan ni iollss memang lemah sikit. Tapi kalau bab kira duit laju jee... heeee.. Okay nanti kita sambung untuk next entry pulak.

Byeee guyss..


ENTERPRENEURSHIP JOURNEY -3

Assalamualaikum guysss..

Sorry guyss, bebetul lupa nak update pasal program semalam, barai kot. Pagi petang ada kelas, biasalah iolss bukan jenis suka mengadap laptop lama2, ada masa nak terlentok jugak ni.

Okay, berbalik pada cerita semalam. semalan[m ada dua sesi, sesi pagi dan sesi petang, untuk sesi pagi ada live sharing dengan speaker dari New York. iaitu Ruth P. Stevens. Madam Ruth ni kira macam market analyzer lah kot sebab dalam sharing Madam Ruth ni beliau banyak share mengenai market trend di musim pandemik di luar negara,  macam mana Covid19 ni mengubah cara membeli rakyat dekat sana. Jadi bila keadaan macam i berlaku, peniaga usahawan pon terpaksa mengubah strategi untuk memastikan rakyat diorg ni sentiasa membeli produk diorg.

Dalam perkongsian MAdam Ruth ni banyak menekankan bahawa untuk memulakan sesuatu perniagaan, kita mesti kenali dulu trend market sekarang, tak boleh nak sesuka hati bukak bisnes, rugilah kalau bukak bisnes tapi takde ilmu pernigaan, nanti cepat lingkup. Tapi iollss memang bersetuju dengan pernyataan Madam Ruth sebab di Malaysia memang ramai usahawan yang mula berniaga tanpa ilmu, last last lingkup.

Next untuk sesi petang pulak, perkongsian dari Puan Shahana. Puan Shana ni adalah antara orang yang banyak experience dalam marketing. Di MTDC-TENTRA kira aset berharga lah. Usahawan yang pernah dibimbing oleh Puan Shahana ni kebanyakan sale mereka meningkat, dari 0 ke tahap tertentu. Dalam perkongsian ni, Puan Shahana banyak berkongsi teknik teknik marketing macam mana nak boost up sales, dan yang paling penting maam mana nak mulakan marketing terutama kepada usahawan yang baru nak bermula.

Okaylah guys, setakat tu je kot entry kali ni, iolss mengantuk sangat2 dah, jadi apa yang penting semalan dapat kutiplah ilmu marketing daridua speaker yang hebat2.

Byee guysss, see u in next entry.

Monday, January 25, 2021

ENTERPRENEURSHIP JOURNEY - 2

 Assalamualaikum uolsss..

Maaf lah entry kalini lambat sikit sebab sibuk banyak hal, nak sambung belajar lagi nak itu ini. 

Okay guys, sambung cerita dari entry sebelum ni, mesti ada yang tertanya-tanya kan, apa program Technotube ni? sape yang anjurkan? Sape je yang boleh join? dan macam2 lagi lah yang bermain di kepala tu? Okay, meh ciknyss cerita serba sedikit lah berkenaan program ni. Program Technotube  adalah anjuran TENTRA-MTDC iaitu Malaysian Technology Development Corporation-Technopreneur Academy.

 Program Technotube ni sebenarnya adalah salah satu inisiatif kerajaan nak bantu belia di Malaysia menjadi usahawan tekno. Kalau tak silap tak banyak program macam ni kat Malaysia. Jadi kira advance lah sebab kalau program lain biasa akan bantu jugak belia tpi bukan sebagai usahawan tekno lah, usahawan biasa yang macam kita selalu dengar tu.

Jadi nak dijadikan cerita , first day ni memang pepai lagi iolss bangun sebab takut termiss kelas pertama. Okay sebelum tu nak puji lah sikit program ni, dalam program ni kami dah diarahkan awal2 untuk install apps Sync supaya mudah untuk kami alert dengan kelas yang akan dijalankan ikut tearikh tertentu, jadual pon memang disediakan..

Berbalik pada hari pertama, kami diperkenalkan dengan PIC untuk program ni lah, iaiu Encik Muizz, beliau lah yang banyak handle peserta-peserta program ni. Selepas tu kami dibrief oleh Puan Tengku Nila Putra lah mengenai program ni dengan lebih terperinci dan kami diminta memeprkenalkan diri masing2, tak silap around 40 lebih lah yang join program ni masa tu. Kebanyakan mereka ni ramai yang dah ada bisness sendiri dan iolss rasa kecik lah sbb xde pengalaman kan..

Okay untuk firs day ni kami banyak didedahkan pasal program, apa kelebihan program ni dan apa kelebihan yang kami dapat kalau join program ni..

Untuk next entry iolss akan cerita hari kedua, dengar kata speaker dari New York, wuu,, memang bangga lah, bukan selalu boleh dengar live dari New York ni..

Okay guyss, byee, jumapa di next entry.

ENTERPRENEURSHIP JOURNEY - 6

 Assalamualaikum, hai guyss Sedar tak sedar dah masuk dua bulan join program Technotube ni, dari zero dah bertambah dah sikit ilmunperniagaa...